Sunday, December 20, 2009

Pak Zan - Dikau sentiasa hidup disisi kami





Azizan Mustafa itulah empunya nama bagi diri yang sentiasa membantu tanpa kenal penat lelah dan berkira dalam kehidupannya sepanjang 3 tahun bersama JF Auto Millenium dari awal penubuhan sehingga berkembang maju dan mampu berlari seperti orang lain. Segala ilmu dan nasihat serta tunjuk ajar beliau akan kami titipkan bersama kehidupan kami selagi ada hayat."ABAH" itulah gelaran diberi oleh krew JFAM kepada beliau sebagai satu penghormatan perhubungan yang ada. Tidak pernah berkira dan tak pula pandai untuk bercerita perihal hal orang lain sepanjang perhubungan kami, malah saya yakin begitulah beliau ketika bersama rakan dan sahabat karib yang lain. Beliau saya olahkan disini sacara peribadi ibarat sebaik baik manusia malah saya amat yakin disisi Allah beliau juga adalah hamba yang baik, ini saya ukur berdasarkan soal hati sabagai titik permulaan sebagai seorng insan, yang mana "jika baik hati seseorang itu maka baiklah segalanya"- kata Rasullallah. hati beliau sememang nya baik, sentiasa menolong sebaik dan terbaik mungkin tanpa mengira kawan atau sesiapa pun....Beliau juga selaku Presiden kelab 4x4 Kinta Belantara merupakan seorang yang perihatin dan positif dalam menjalankan amanah beliau...itulah dia insan terbaik yang banyak membantu kami dalam mengharungi dunia 4x4...akhir hayat beliau juga keadaannya berakhir dalam waktu bekerja selaku event director untuk Jamboree Perak 4x4 di Taiping, bukankah satu pengakhiran yang terbaik, iaitu dalam keadaan sedang bekerja dan kerja juga merupakan ibadah yang perlu kita teliti dan selami.Pesanan beliau seminggu sebelum pemergian agar terus bersaing dan membuka satu lagi syarikat agar persaingan dan kemajuan terus dicapai akan saya realisasikan sebaik baiknya nanti insyaallah....Pak zan dirimu umpama kaktus berduri sementelah berbunga dan bungamu amat indah, jarang terdapat dan berguna pada para pengembara di padang pasir yang luas..Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas kamu atas segala kebaikan yang telah kamu berikan dan kamilah menjadi saksinya.- Indra JF Auto Millenium ( Cherokee )

4 comments:

  1. Assalamualaikum... kami warga pustech mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Pak Zan di atas pemergian beliau... segala ilmu & pengalaman yg pernah arwah curahkan takkan kami sia-siakan..semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah... Al-Fatihah... - Cikgu Akim Pustech

    ReplyDelete
  2. tersentuh aku membaca kisah arwah pak zan. tiada yang dapat aku sangkalkan malah aku menyokong semua kenyataan yang dinyatakan. beliau juga yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada jf auto, yang aku kenal sebagai usahawan melayu berbakat dan bercita-cita tinggi. pak zan yang aku kenal dan sentiasa rapat dalam hatiku, cukup sinonim dengan dunia 4x4. tak ada orang lain di dunia ini yang aku paling 'tabik' dalam hal-hal 4x4 selain daripada arwah. al-fatihah. razlan abdul rahim

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH....takziah buat keluarga arwah. bersama beliau aku tahu selok belok kendalian 4x4.bersama beliau aku meredah hutan belantara.kini segala ilmu enjin dan hutan yang aku dapat dari beliau akan aku gunakan untuk kebaikan diri ku dan orang lain.sebak hati ini ketika saat akhir aku dan rakan2 (ayoi,nasa,jai dan hafis) cuba untuk menyelamatkan arwah dari serangan jantung. Allah lebih menyayangi beliau. semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau. Pak Zan masih dihati kami semua - fadhil PU3

    ReplyDelete
  4. "Asal hang mai sini ( JF Auto ) mesti rosak Challenger aku.lain kali hang tak usah mai la ".itu la antara gurauan arwah abang zan yang pertama saya ingat bila dikhabarkan arwah telah meninggal dunia.. mungkin sebagai kenalan baru arwah cuba untuk menunjukkan keramahannya kepada saya ketika itu..sememangnya arwah seorang yang ramah dan mudah mesra kepada sesiapa pun. Semoga roh arwah ditempatkan bersama- sama roh orang beriman. takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.Al Fatihah.

    ReplyDelete

Challenge

Challenge
sticker bro..