JF Auto Millenium ( JFAM ) ditubuhkan pada 22 Mac 2007 secara rasminya sebagai langkah pembangunan / perkembangan syarikat PUSTECH SDN BHD Teluk Intan khas dalam bidang automotif juga sebagai memanjangkan langkah para pelajar dalam merealisasikan ilmu automotif secara ilmiah disamping mencari pengalaman & keuntungan - matlamat sebenar agar kedua dua syarikat saling bantu membantu dalam industri automotif negara dan memecahkan monopoli.
Wednesday, December 30, 2009
Thursday, December 24, 2009
Macam Macam JFAM
Wednesday, December 23, 2009
Kelab Kinta Belantara
Saya mengambil kesempatan disini hanya untuk mempromosikan kelab agar lebih terbuka untuk penyertaan peminat 4x4 di sekitar ipoh ini tanpa mengira kaum...tiada lagi niat selebihnya daripada itu...Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk penyertaan sila lah hubungi Abg Lan Hilux 4x4 012- 501 9951 untuk mendapatkan maklumat dan borang ahli serta maklumat lanjut tentang semua trip yang akan dijalankan nanti. Pihak JFAM hanya sebagai salah seorang ahli sahaja dalam kelab ini yang perihatin dan ingin melihat sama pembangunan dan perkembangan kelab di masa hadapan...malah sticker yang direka pun hanya dengan niat untuk mempromosikan nya saja ( harap tiada ahli kelab yang marah saya ye...tq )
Monday, December 21, 2009
Jamboree Perak 2009 - Taiping
Acara penutup tahun 2009 yang perlu disertai oleh semua pemilik hard core 4x4's sambil beramah mesra antara satu sama lain. Kesempatan ini juga diambil oleh pihak JFAM dengan semua krew untuk menimba lebih pengalaman terutama challenge yang akan diadakan pada hari kedua. Namun pihak JFAM membuat keputusan terakhir bagi menghormati Arwah Pak Zan selaku pemimpin kelab dan penasihat JFAM untuk menarik diri di hari berikutnya lantas memberi laluan mudah untuk kereta boss techno water kita selaku wakil JFAM dengan vitara beliau untuk merangkul tempat pertama bagi Jamboree Perak 2009 kali ini untuk 2 ss daripada 4 ss yang disediakan 'Syabas' 'Tahniah' ..kemenangan ini juga untuk Arwah Pak Zan yang sering memberi petua dan nasihat serta buat kali terakhir untuk beliau sebagai satu kenangan manis bersama beliau - kemana lagi hendak tumpah nya kuah kalau tidak kemulut ye..tak gitu boss tecno water Ayoi ( firus ). Atas tiket kemenangan ini juga adalah wajib bagi kami satu pasukan untuk mempertahankannya lagi pada tahun hadapan dengan 3 buah kereta akan mewakili kelab dan JFAM...bos technowater kate siap mike teman tukar engine 1JZ...takpun berjuntai intercooler depan vitara dia...( water dispencer pun bole boss buh je huhuhuhuh )
Sunday, December 20, 2009
Pak Zan - Dikau sentiasa hidup disisi kami
Azizan Mustafa itulah empunya nama bagi diri yang sentiasa membantu tanpa kenal penat lelah dan berkira dalam kehidupannya sepanjang 3 tahun bersama JF Auto Millenium dari awal penubuhan sehingga berkembang maju dan mampu berlari seperti orang lain. Segala ilmu dan nasihat serta tunjuk ajar beliau akan kami titipkan bersama kehidupan kami selagi ada hayat."ABAH" itulah gelaran diberi oleh krew JFAM kepada beliau sebagai satu penghormatan perhubungan yang ada. Tidak pernah berkira dan tak pula pandai untuk bercerita perihal hal orang lain sepanjang perhubungan kami, malah saya yakin begitulah beliau ketika bersama rakan dan sahabat karib yang lain. Beliau saya olahkan disini sacara peribadi ibarat sebaik baik manusia malah saya amat yakin disisi Allah beliau juga adalah hamba yang baik, ini saya ukur berdasarkan soal hati sabagai titik permulaan sebagai seorng insan, yang mana "jika baik hati seseorang itu maka baiklah segalanya"- kata Rasullallah. hati beliau sememang nya baik, sentiasa menolong sebaik dan terbaik mungkin tanpa mengira kawan atau sesiapa pun....Beliau juga selaku Presiden kelab 4x4 Kinta Belantara merupakan seorang yang perihatin dan positif dalam menjalankan amanah beliau...itulah dia insan terbaik yang banyak membantu kami dalam mengharungi dunia 4x4...akhir hayat beliau juga keadaannya berakhir dalam waktu bekerja selaku event director untuk Jamboree Perak 4x4 di Taiping, bukankah satu pengakhiran yang terbaik, iaitu dalam keadaan sedang bekerja dan kerja juga merupakan ibadah yang perlu kita teliti dan selami.Pesanan beliau seminggu sebelum pemergian agar terus bersaing dan membuka satu lagi syarikat agar persaingan dan kemajuan terus dicapai akan saya realisasikan sebaik baiknya nanti insyaallah....Pak zan dirimu umpama kaktus berduri sementelah berbunga dan bungamu amat indah, jarang terdapat dan berguna pada para pengembara di padang pasir yang luas..Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas kamu atas segala kebaikan yang telah kamu berikan dan kamilah menjadi saksinya.- Indra JF Auto Millenium ( Cherokee )
Thursday, December 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)